Tetapi tidak mengapalah beliau tidur dengan lena, aman serta peacefully kerna malam tadi entahkan pukul berapa la beliau tidur. Yang aku sudah berjaga ini, aku mahu biarkan jari jemari kasar ini menari di atas papan kekunci tanpa tetikus kerna komputer riba ini telah dilengkapi dengan papan sesentuh yang menggantikan peranan tetikus. Dunia semakin moden. Segala galanya makin mengecil. Aku sahaja yang semakin membesar. Besar kepala, besar badan.
Malam tadi, ada sahabat mengajak aku keluar bersama para sahabat yang lain pada pukul 10.00 pagi ini. Tapi, sehingga sekarang aku masih tidak bersiap dalam erti kata lain masih tidak mandi (jam menunjukkan 9.58AM). Sejak dua menjak ini, aku rasa sudah tidak bernafsu untuk keluar apatah lagi berjogging seperti aktiviti aktiviti aku pada semester semester yang lepas. Pada semester semester yang lepas aku pasti akan keluar pada setiap pagi dan petang ke Padang Speedy [koordinasi: 4.022997,101.023901] paling hina jika aku tidak berjogging, aku akan duduk melepak mendapatkan vitamin D dari sang matahari yang memancar dengan terik tetapi damai aku rasakan dengan angin bayu yang meniup.
Sekarang, jari aku sudah penat letih lelah menari di atas papan kekunci yang berhabuk ini. Otak daripada tadi mahukan aku kembali tidur semula dikatil sebelah ini sambil ditemani lagu lagu Kings of Leon.

No comments:
Post a Comment